Saturday, December 16, 2006

Saya Sayang Emak...


Sememangnya kita sekalian manusia sangat sayang akan ibu kita. Tapi adakah anda selalu peluk dan cium ibu kita dan katakan padanya yang "Saya Sayang Emak"?. Kalau anda masih lagi ragu-ragu untuk berbuat demikian,mungkin selepas anda menilai perkara di bawah ini akan membuatkan anda tergerak hati nak berbuat demikian.

1) Seorang ibu tidak akan menyesal melahirkan anak yang dikandungnya walau begitu besar kederhakaan anak kepada dirinya.
2) Seorang ibu akan selalu menyebelahi anaknya walaupun beliau tahu anaknya itu yang bersalah
3) Setiap titik susu yang diberi kepada anaknya tidak pernah diminta dibalas dengan wang ringgit.
4) Seorang ibu akan tetap berdoa kesejahteraan anaknya walaupun tidak diminta.
5) Seorang ibu yang menangis di hari pernikahan anak perempuan/lelaki bukanlah kerana sedih anaknya diambil orang,tetapi risau adakah anak itu akan bahagia ketika bukan dibawah jagaannya.
6) Seorang ibu akan tetap seorang insan yang mengndung,melahirkan ,menyusukan,membesarkan...walaupun sesetengah daripada kita mungkin tidak pernah melihat ibu kita,tetapi ingatlah bahawa ibu itulah yang memikul beban sembilan bulan lebih dan bertarung nyawa untuk kita...dan disini hanya sedikit sahaja belas ihsan dan jasa ibu kepada kita,kerana jasa dan pengorbanan ibu terlalu banyak untuk diceritakan.Ucapkanlah anda sayang kepadanya supaya tidak menyesal kerana tiada orang yang dapat membaca fikiran dan hati anda...

No comments: