Assalamualaikum...
harini nak share satu lagi lagu dakwah dr seorg pendakwah tanah seberang, Opick. Bila dengar satu lagu beliau terus melekat ke lagu2 beliau yang lain.
Alhamdullilah, benda yang baik ini aku rase perlu di-sharekan kpd semua.
Lyrics | Opick lyrics - Bila Waktu Telah Berakhir lyrics
Showing posts with label Cahaya Ilahi. Show all posts
Showing posts with label Cahaya Ilahi. Show all posts
Monday, August 15, 2011
Tuesday, August 9, 2011
Sekadar Hiburan + Pesanan
sebenarnya tidak tahu menahu kewujudan seorg artis/pendakwah dr seberang Indonesia ini, mula-mula dengar namanya drpd my bestie, Britney Spears, jadi...lepas beberapa purnama barulah aku meng-search di youtube klip2 video beliau. haa...siapakah yang dimaksudkan....beliau adalah OPICK seorg artis dari seberang yang selalu menyampaikan lagu2 berunsurkan dakwah, aku lebih suka gelarkan beliau sebagai pendakwah instead of artis, tetapi ikut suka hati dan rasa la ye..hehe...tujuan post ini adalah untuk berkongsi klip video Opick yang berjudul Taqwa, liriknya tidak perlu didalami sangat sebab ianya sudah jelas dan nyata maksudnya...jadi...enjoy...
Monday, August 8, 2011
Jangan Sembah Bulan Ramadhan?
Semoga selalu dibukakan pintu taubat dan pintu segala kebaikan buat seluruh umat Islam oleh Allah S.W.T
Ramadhan Al-Mubarak singgah lagi, semoga kali ini aku dapat menghabiskan sebulan berpuasa (InsyAllah...Amin..) bersama keluarga tercinta kerana sebelum ini pertama kali aku berpuasa bersama-sama "keluarga"ku di Unisza, walaupun tidak sama dengan berbuka bersama keluarga sendiri, tetapi suasana kekeluargaan yang diberikan oleh sahabat-sahabat aku dpt aku rasakan kenikmatan persahabatan (terima kasih sahabat a.k.a da mamarazzies,esp. my one and only britney spears, kak maria and fazura :) ).
Berbalik kpd "Jangan Sembah Bulan Ramadhan", ada tazkirah dr seorg ustadz, iaitu, semoga umat Islam tidak menyembah Bulan Ramadhan, [bunyinya kedengaran agak pelik sekali dengar tetapi ada maksudnya iaitu] kerana apabila umat Islam menyembah bulan Ramadhan ini, apabila berlalunya bulan yang mulia ini, maka berlalulah juga amal ibadat mereka, NAMUN, jika umat Islam berniat untuk menyembah Allah S.W.T selalu, maka, keimanannya tidak akan berubah tidak mengira bulan apa yang datang bertandang kerana niat mereka hanya untuk sujud atau sembah kepada Yang Satu, Allah S.W.T.
Begitu juga pada yang menunaikan haji atau umrah di tanah suci Makkah dan Madinah, semoga amal ibadat kita tidak terhenti di tempat2 suci ini sahaja, semoga kita terus beringat untuk bersyukur dan terus menyembah Allah S.W.T tidak kira di mana kita berada, sesungguhnya Allah S.W.T itu sentiasa disamping orang-orang yang beriman.
Marilah kita bersama-sama berdoa supaya amal ibadah kita diterima Allah dan kita semua umat Islam dikurniakan iman yang teguh dihati kita...AMIN Ya RAbbal Alamin..
;-)
Subscribe to:
Posts (Atom)