Tuesday, July 12, 2011

My Second Chance ;-)


Alhamdullilah...
Allah mendengar doa tiap-tiap hamba-Nya...
Doaku semoga aku dapat menjejak kaki lagi ke dua buah kota suci umat Islam telah termakbul.Aku sedar walaupun aku bukanlah seorang hamba yang sempurna, tetapi Allah tidak mengetepikan aku. Alhamdullilah.Syukur.

Pada kali ini hasrat ayah dan ibuku ingin menunaikan umrah sekali lagi setelah bernazar untuk membawa sepupu ibuku termakbul. pada awalnya aku tidak di"jadual"kan ikut sekali..hehehe..tapi aku pujuk ayah melalui perantaranya emak la...hehehe...time tu aku kat kampus, jadi satu pagi tu mak call kata ayah bagi... bahagianya aku time tu, tapi pada masa yang sama aku kesian kat kakak aku sbb dia tk boleh ikut,adusss ,serba-salah jadinya.


Alhamdullilah,ketika kami disana,semuanya berjalan lancar, jadi di sini...aku selitkan gmbar-gambar sekitar kami disana (p/s:gambarku tidak banyak sebab akulah fotografer nye) ;-)




































Between Myth and Reality

Salam,

fuhhh!!semalam yang misteri...tido pukul 2pagi membaca blog-blog misteri yang di"post"kan oleh peminat-peminat cerita hantu. Antara salah satu cerita yang paling "menarik" hati(p/s:sebetulnya yang paling mengancam hati..hehehe) adalah cerita pasal banglo-banglo usang yang terbiar di Shah Alam. Malah, ada satu banglo yg diceritakan tu ada pula abang aku cerita time aku kecil. fuhh...betul ke cerita-cerita ini? wallahualam.
Tapi apa yang aku nk "share"kan disini adalah tentang pendapat aku pasal benda-benda misteri macam ni. Memandangkan apa yang diceritakan oleh mereka-mereka yang mengalaminya, tak pernah aku alami sendiri, jadi aku tak tahu sejauh mana kebenarannya. untuk pengetahuan semua, aku adalah salah seorang peminat cerita-cerita misteri ni, tapi ia adalah sekadar untuk mengisi imaginasi aku tentang dunia luar daripada lingkungan kehidupan manusia....cheeewaaahhh...ayat..fuhhh...hehe.. tetapi dalam pada minat aku ni, ada hadnya, contohnya, aku tidaklah terlalu obses dengan benda-benda ni hinggakan menyebabkan wujud kepercayaan tahyul yang mana dilarang oleh Islam sendiri, tetapi aku musykil,kenapa masih wujud golongan pencari hantu ni, kononnya nak buktikan kwujudan makhluk2 ni.. adoii dok pahe kawe.hehehe..tolonglaj jadikan cerita hantu2 ini hanya sebagai untuk memasang fantasi dan bukan mencipta kepercayaan.



Disebabkan semalam aku menjadi "pencari cerita seram" smpai pukul 2 pagi, jadi aku nak share tentang salah sebuah rumah yang dikatakan "berpenunggu" di Seksyen 2, Shah Alam


ini dia bangunan yang dimaksudkan (gambar dengan ehsan drpd http://www.putri-roh.blogspot.com/)


itu sahaja yang mampu dishare-nak full story yang boleh membuatkan orang meracau sila google under rumah seksyen 2 shah alam..hehehe...)


sekian,


;-)






Sunday, July 10, 2011

Faces of The New Evolution





pagi ini baru lepas baca surat khabar Utusan Malaysia (p/s:surat khabar wajib di rumah ..)...;-) tergerak nak type kat blog untuk share apa yang telah dibaca..moga-moga dapat info la sama sikit :-)... patutnya kan...dalam2 kerajaan nak lancarkan kempen membaca ni.,eloklah juga disarankan lancarkan kempen membaca surat khabar. cuba bayangkan, kalau kita asyik duk baca buku saja yang kadang tu ada dah sampai 3-4 tahun lepas punya cerita bila la masa kita nak tahu apa yang jadi pada keadaan sekeliling...benda ni memang terbukti sebab kena kat batang hidung sendiri ...sampaikan kes bekalan air nak dihentikan pun tahu dari orang lain...hehehe... btw...harini aku nak share sikit sesuatu yang berkaitan dengan tajuk hari ini... dan disebabkan aku ingin menyarankan bahawasanya kempen membaca perlu selari dengan kempen baca surat khabar ...harini aku nak gabungkan dua-dua ni jadi satu....iaitu...korang boleh dapat info pasal history (yang sudahpun dibukukan dengan harga yang kadang aku fikir tak masuk akal) dalam surat khabar yang harganya tak berapa sen sangat dan korang akan dapat bonus dengan dapat sekali info tentang keadaan semasa ;-)..chewahh promote surat khabar ni...hehehe..




okay2...dah terlebih sudah intro ni....its time to be serious...now kita kembali kepada topic kita.. "Faces of The New Evolution"... tajuk dah gah dh ni...;-)...hahaha... sebab aku pilih tajuk ni adalah kerana disebabkan wajah-wajah inilah terbentuknya satu evolusi yang baru dan meletakkan martabat wanita ke setakuk lebih tinggi.



"First Ladies of the World" ataupun "Perdana Menteri Wanita Dunia", mereka-mereka inilah yang dikatakan pencetus evolusi baru dalam dunia politik. Di dalam dunia politik, lelaki dikatakan mendominasi rata-rata strata tertinggi jawatan di dalam sesebuah negara itu..tetapi disebabkan wanita-wanita inilah tercipta satu evolusi dalam dunia politik.



Rata-rata mereka ini dilantik bagi menggantikan legasi yang telah ditinggalkan oleh kaum lelaki juga contohnya, suami,bapa ataupun datuk dan paling terbaru adalah daripada abang. Jika kita lihat kembali, evolusi sebegini telahpun diterima baik oleh kalangan rakyat mereka kerana yang aku baca adalah antara mereka ini sampai 15 tahun memerintah negara. Lebih-lebih mengejutkan di negara Islam juga mengiktiraf pucuk pimpinan mereka. Ini satu pembaharuan yang dicipta pada era sekitar tahun 80-an.




Di Malaysia pun kita dpt tgk, walaupun tidak memegang jawatan tinggi di arena politik, tetapi wanita-wanita "iron ladies" ini telah mencipta pengaruh sendiri seperti Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali, Datuk Shahrizat, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan etc...





tapi kan..bila difikirkan balik...zaman-zaman Nabi dulu pun dah wujud pemerintahan oleh wanita sebagai raja..contohnya Ratu Balqis pada zaman Nabi Sulaiman...huhu..ini sahaja segmen "Hari Ini Dalam Sejarah"...sehingga berjumpa lagi...wuhuhuh...Salam..





;-)

Saturday, July 9, 2011

I Wanna Make a Memory...

salam....
haaa...itu dia tajuk kita pada malam ini...





"you wanna make a memory?...
you wanna steal a piece of time?..."

oh...inilah bait-bait lagu Bon Jovi...

kadang-kadang kita mungkin kita terfikir kalau betul ada mesin masa macam dalam cerita The TIme Machine/Doraemon/etc.... mesin yang boleh bawa kita ke masa lampau... masa zaman kita kanak-kanak... zaman kita remaja(apa2pun akhaakk masih category remaja youuu....hehehe)... zaman kita genggam ijazah dan tengok mak ayah menitiskan air mata gembira... zaman kita menamatkan zaman bujang....zaman dapat anak pertama...dn macam-mcam zaman lagi laa...(dn semestinya bukan zaman ais atau batu :-) )... dan sebab apa kita nk hentikan masa-masa ini...jawapannya mudah... iaitu..samada memori itu terlalu indah ataupun kita nak buat sesuatu yang boleh ubah semula kejadian itu... apa-apa pun pilihan...kita kena ingat..setiap perkara telah ditentukan..ikut qada' dan qadar Allah bagi... :-)..

kalau pada aku... aku pilih... saku nak jadikan apa-apa juga kenangan yang aku pernah lalui sebagai kenangan abadi...macam lirik lagu Bon Jovi ni...:-)... walaupun kenangan yang aku lalui sepanjang 21 tahun aku hidup kat dunia ni ada pelbagai perisa...tapi...bila ingat balik... ia akan buat aku ketawa... (walaupun kalau ikut keadaan time benda tu terjadi ia takkan jadi kelakar..hehehe)... haaa... ini nk share sikit...

dulu waktu sekolah rendah dulu, aku ni memang susah nk pergi sekolah... sampai nangis-nangis...hahaha...emak punya la naik hangin satu badan..(p/s:sampai kena kurung kt luar rumah)hahaha...dan ada satu hari tu, aku dah sampai sekolah...tapi nampak je abang balik(waktu tu dia sekolah sesi pagi) terus ikut naik bas sama balik rumah...hehehe...abang punya la defend gila-gila time mak marah..(p/s: terharu pula bila ingat balik:')...)...inilah modal cerita abang-abang dan kakak-kakak aku nak mengusik aku bila ada peluang...hahaha...lepas tu nak dijadikan cerita satu hari tu..kawan rapat ayah datang rumah (p/s:nama dirahsiakn ..tq), mak boleh pula cerita kat makcik dan pakcik tu kisah aku yang tak berapa nak kelakar tu...nasib baik dia kenal aku dari kecil...hahaha..mula2 terkejut jugak..tapi turut tergelak sama..makcik tu bukan main best gelakkan aku...huhu.. dalam hati berkata"nasib baik la aku masuk Uni...kalau tak... kisah itu tidak akan jadi bahan yang kelakar bagi aku selamanya..."hehehe... inilah antara kenangan yang tidak kelakar diwaktu kejadian..tetapi kelakar bila diingat balik...inilah memori yang tidak ingin aku cipta tapi tercipta sendiri...hehehe...

tapi... berbalik kepada topic kita malam ni..."I Wanna Make a Memory"...kalau boleh pilih...aku nak buat memori-memori yang indah dengan orang sekeliling aku terutamanya famili and kawan-kawan aku... supaya bila tiba saatnya nanti aku menutup mata untuk selamanya... mereka akan mengingati memori-memori yang kami lalui sama-sama...dan...TERSENYUM :-)..




disini ada salah satu memori yang tercipta waktu tahun pertama di UNISZA.. ;-)









;-)