

okay2...dah terlebih sudah intro ni....its time to be serious...now kita kembali kepada topic kita.. "Faces of The New Evolution"... tajuk dah gah dh ni...;-)...hahaha... sebab aku pilih tajuk ni adalah kerana disebabkan wajah-wajah inilah terbentuknya satu evolusi yang baru dan meletakkan martabat wanita ke setakuk lebih tinggi.
"First Ladies of the World" ataupun "Perdana Menteri Wanita Dunia", mereka-mereka inilah yang dikatakan pencetus evolusi baru dalam dunia politik. Di dalam dunia politik, lelaki dikatakan mendominasi rata-rata strata tertinggi jawatan di dalam sesebuah negara itu..tetapi disebabkan wanita-wanita inilah tercipta satu evolusi dalam dunia politik.
Rata-rata mereka ini dilantik bagi menggantikan legasi yang telah ditinggalkan oleh kaum lelaki juga contohnya, suami,bapa ataupun datuk dan paling terbaru adalah daripada abang. Jika kita lihat kembali, evolusi sebegini telahpun diterima baik oleh kalangan rakyat mereka kerana yang aku baca adalah antara mereka ini sampai 15 tahun memerintah negara. Lebih-lebih mengejutkan di negara Islam juga mengiktiraf pucuk pimpinan mereka. Ini satu pembaharuan yang dicipta pada era sekitar tahun 80-an.

Di Malaysia pun kita dpt tgk, walaupun tidak memegang jawatan tinggi di arena politik, tetapi wanita-wanita "iron ladies" ini telah mencipta pengaruh sendiri seperti Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali, Datuk Shahrizat, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan etc...
tapi kan..bila difikirkan balik...zaman-zaman Nabi dulu pun dah wujud pemerintahan oleh wanita sebagai raja..contohnya Ratu Balqis pada zaman Nabi Sulaiman...huhu..ini sahaja segmen "Hari Ini Dalam Sejarah"...sehingga berjumpa lagi...wuhuhuh...Salam..
;-)
No comments:
Post a Comment