Monday, August 15, 2011

Taloompuk - Dipuji atau sbaliknya?

Assalamualaikum,
entry pada hari ini adalah citer tentang cerita Taloompuk(2002). Walaupun cerita ni dh lama dh tapi yg buat gatal tangan nak buat entry pasal cerita ni sbb hari jumaat lepas Astro Mustika siarkan semula cerita ni, jadi tertimbullah niat nk post.
Al-kisahnya cerita ini berkisar ttg kisah percintaan terlarang di antara dua manusia yang berlainan pegangan agama. Dua agama yang deketengahkan disini adalah dr agama Islam dan Buddha(yg perempuan-Islam, lelaki-Buddhist). Filem ini memang hangat diperkatakan masa kemunculannya kerana pengarah berjaya mengetengahkan dua agama di dalam filem ini. Best tu mmg best dr segi "atmosphera" cintan2 ni, tapi pada aku dr segi perbandingan antara dua agama pula, ia agak memusykilkan sedikit ttg tujuan sbnr pengarah ni. Di bawah ini ada beberapa sebab kenapa ia merunsingkan lagi membingungkan lagi memusykilkan aku...lagi...hehe...
  1. nurse Kulastri digambarkan sbg nurse yang teramat baik tanpa mengira agama dgn memberi bantuan kesihatan Contrast nya dengan masyarakat Islam yang tknk terima budi baik nurse ni
  2. Praow seorg pemuda yang baik hati Contrastnya dengan si Soleh anak pak imam yang berperangai tk sudah tu (bolehlah dilabel sbg kaki bunuh org..ramai jgk dia bunuh)
  3. ayah Praow yang bg pilihan dan bersikap terbuka dgn kenyataan yang anaknya bercinta dengan perempuan bukan seagama Contrastnya ayah si Sakina tu menentang habis-habisan smpai tkde toleransi langsung
  4. kawan Praow yang lawan tanpa senjata dan "very manly" gitu Contrastnya dengan si Soleh tu yang lawan guna senjata smpai mati kawan Praow yg ensem tu..huhu
Cerita ni mmg bagus utk mengenengahkan sesuatu yang baru iaitu pertembungan antara dua agama dan perasaan cinta antara dua insan. Aku pun puji jgklah filem ni sbb 2 org yang berlainan agama pun boleh bercinta (cinta itu buta..cheewahh). tapi yang agak sentap sikit bila pengarah mulai bias dengan perbandingan akhlak antara dua agama ini, pengarah dilihat cuba mengagungkan agama yang satu tu (maklumlah agama dia) dan menenggelamkan agama yang satu lagi, tlglah bg keseragaman sikit supaya masyarakat luar tk lihat agama Islam ni sbg agama keganasan. Apa2 pun ini hanya pendapat, sekian

:-)



No comments: