Monday, August 8, 2011

Jangan Sembah Bulan Ramadhan?


Semoga selalu dibukakan pintu taubat dan pintu segala kebaikan buat seluruh umat Islam oleh Allah S.W.T


Ramadhan Al-Mubarak singgah lagi, semoga kali ini aku dapat menghabiskan sebulan berpuasa (InsyAllah...Amin..) bersama keluarga tercinta kerana sebelum ini pertama kali aku berpuasa bersama-sama "keluarga"ku di Unisza, walaupun tidak sama dengan berbuka bersama keluarga sendiri, tetapi suasana kekeluargaan yang diberikan oleh sahabat-sahabat aku dpt aku rasakan kenikmatan persahabatan (terima kasih sahabat a.k.a da mamarazzies,esp. my one and only britney spears, kak maria and fazura :) ).
Berbalik kpd "Jangan Sembah Bulan Ramadhan", ada tazkirah dr seorg ustadz, iaitu, semoga umat Islam tidak menyembah Bulan Ramadhan, [bunyinya kedengaran agak pelik sekali dengar tetapi ada maksudnya iaitu] kerana apabila umat Islam menyembah bulan Ramadhan ini, apabila berlalunya bulan yang mulia ini, maka berlalulah juga amal ibadat mereka, NAMUN, jika umat Islam berniat untuk menyembah Allah S.W.T selalu, maka, keimanannya tidak akan berubah tidak mengira bulan apa yang datang bertandang kerana niat mereka hanya untuk sujud atau sembah kepada Yang Satu, Allah S.W.T.
Begitu juga pada yang menunaikan haji atau umrah di tanah suci Makkah dan Madinah, semoga amal ibadat kita tidak terhenti di tempat2 suci ini sahaja, semoga kita terus beringat untuk bersyukur dan terus menyembah Allah S.W.T tidak kira di mana kita berada, sesungguhnya Allah S.W.T itu sentiasa disamping orang-orang yang beriman.
Marilah kita bersama-sama berdoa supaya amal ibadah kita diterima Allah dan kita semua umat Islam dikurniakan iman yang teguh dihati kita...AMIN Ya RAbbal Alamin..

;-)

No comments: