Monday, January 16, 2012

Bila Semuanya Jadi Tak Kesah...

  1. " memang saya orang yang dalam kelab tu, tapi saya tak minum arak..." kata X
  2. "saya tak pakai tudung pun, tapi sembahyang saya cukup 5 waktu daripada orang yang bertudung..."kata Y.
  3. "biarla saya nak pakai seksi ke telanjang ke, asalkan saya tak kacau orang lain/keluarga orang..." kata Z.
  4. "memang kami yang dalam gambar tu, tapi kami bukan buat ape pun,..." kata Q.(p/s:gambar berduaan berlaga pipi/bercium)
  5. "baju ketat?? tak kesahlah...asalkan saya bertudung dan tutup aurat..." kata P.
  6. " takpela kalau saya nak pakai bikini tepi pantai/time swimming, bukan ada orang yang saya kenal kat sana..." kata T.
  7. "bertudung.?? tunggu dulu kot...belum sampai seru..." kata R.
haih...kalau nak listkan diaolog-diaolog standard yang biasa didengar zaman sekarang.
bila semua benda jadi tak kesah dan sambil lewa, apa yang tinggal pada iman kita.
tujuan entry ini dipost bukan bertujuan untuk menuding dan menunjukan diri saya bagus, tapi secara logiknya, ayat-ayat ini selalu kita dengar. Pada saya, ayat-ayat diatas ni hanya alasan untuk terlepas daripada pandangan buruk orang ramai tanpa menyedari pandangan yang utama Yang Maha Melihat dan Mendengar, Allah S.W.T.
  1.  X memang berpegang pada sarana ayat al-quran mengenai tegahan meminum arak, tetapi bukankah memasuki kelab itu akan mendorong kepada benda-benda buruk yang lain, seperti mengundang fitnah orang kerana kelab malam itu bukanlah sebuah tempat yang baik, malahan ia juga akan mendorong X membuat perkara buruk lain seperti bersuka-ria (gejala hedonisme)."Mereka bertanya kepadamu mengenai arak dan judi. Katakanlah pada kedua-duanya ada dosa yang amat besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa kedua-duanya lebih besar daripada manfaatnya..."  [Surah al-Baqarah:219]
  2. Y sudah menjalankan tanggungjawab sebagai seorang Muslim, namun begitu, tidakkah dia terlupa bahawasanya menutup aurat itu adalah salah satu perkara wajib yang perlu dilakukan oleh seorang Muslimah?
  3. Z memang mempunyai hak keatas diri sendiri untuk berhias, namun begitu, dengan Z berpakai hingga mencolok mata orang sekeliling, tidakkah itu mengundang kepada nafsu orang yang melihatnya, dan seterusnya mencetuskan imaginasi yang pelik2.
  4. Q memang benar tidak melakukan tindakan tidak senonoh bersama pasangannya, mereka tidak berzina apatah lagi berkhalwat, tetapi, bukankan menyentuh kulit orang yang bukan muhrim adalah haram hukumnya?.Sabda Nabi; “Jika kepala seseorang dari kamu ditusuk dengan jarum dari besi, itu lebih baik baginya dari ia menyentuh seorang wanita yang tidak halal untuknya” (Riwayat Imam at-Thabrani dan al-Baihaqi. Berkata al-Haithami; para perawi hadis ini adalah perawi hadis soheh. Berkata al-Munziri; para perawinya adalah tsiqah Lihat; Faidhal-Qadier, hadis no. 7216). Jika menyentuh sudah begitu hebat ancamannya, bagaimana dengan saling bersentuhan dan bercumbuan. 
  5. Nabi Muhammad sendiri telah menerangkan tentang keadaaan di akhir zaman di mana pemakaian wanita adalah seperti keadaan bertelanjang, kelakuan P telah menunjukkan di sudah berada di realiti akhir zaman.Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang."Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang." * Abu Hurairah r.a*.
  6. Memang betul T tidak bertujuan memakai bikini tersebut untuk ditunjukkan pada "orang yang dikenali" tetapi bukankah tempat yang dituju dan diperaga bikini itu juga mempunyai manusia yang mempunyai nafsu secara azali?
  7. Yang ini saya tak faham, menangguhkan yang wajib.
Sekian...salam

sources from " www.islamituindah.my","www.luvislam92.blogspot"


    No comments: